Sunday, July 8, 2012

Jesseltonborneo


MENCARI KETENANGAN JIWA


RENUNGAN

Kajilah kehidupan pemimpin keagamaan yang hebat dan anda akan dapati setiap orang daripada mereka menghabiskan banyak masa berseorangan. Nabi Musa A.S sentiasa bersendirian, selalunya dalam masa yang lama. Begitu juga Jesus, Buddha, Confucius, Ghandi, Nabi Muhammad S.A.W – setiap pemimpin keagamaan yang terkemuka dalam sejarah banyak menghabiskan masa bersendirian berjauhan daripada kehidupan yang menyesakkan.

Franklin D. Roosevelt memiliki daya kepimpinan yang luarbiasa selepas diserang penyakit polio. Harry Truman menghabiskan masa bersendirian sebagai budak lelaki dan orang dewasa keseorangan di ladang di Missouri.

Hitler juga mungkin tidak memiliki kuasa jika dia tidak menghabiskan masa beberapa bulan di dalam penjara, berseorangan di mana dia mempunyai banyak masa untuk membentuk Mein Kampf iaitu perancangan keji yang bijak untuk menakluki dunia yang berjaya menjual German dalam masa yang singkat.

Ramai pemimpin komunis terbukti mempunyai bakat diplomatik yang hebat – Lenin, Stalin, Mark dan ramai lagi – menghabiskan masa  di dalam penjara di mana mereka berupaya merancang pergerakan mereka tanpa sebarang gangguan.

Ramai orang yang gagal mengerakkan kuasa dalam dirinya. Ini berlaku kerana mereka merujuk dengan semua orang dan segala-galanya tetapi tidak dengan diri mereka sendiri. Dia adalah orang yang sanggup melakukan segala-galanya untuk tidak berada bersendirian. Dia sanggup melakukan sesuatu secara berlebihan untuk membuatkan dirinya di kelilingi orang ramai. Dia tidak berupaya bersendirian di dalam pejabatnya, justeru itu dia pergi mengganggu orang lain. Dia merasakan satu keperluan untuk berbual dengan orang lain pada setiap masa jaganya. Tanpa orang, pada masa-masa begini dia mengalihkan perhatiannya kepada televisyen, suratkhabar, majalah, radio, telefon, komputer yang boleh mengambil alih proses pemikirannya.

Dia jarang sekali menghabiskan masa malamnya bersendirian.Dia takut untuk duduk bersendirian dan berhadapan dengan dirinya sendiri.

Faktanya: Orang yang berjaya dalam apa-apa bidang meluangkan masa untuk bermuhasabah dengan dirinya sendiri.

Mungkin di awal pagi sebelum orang lain bangun adalah masa yang terbaik untuk anda. Atau mungkin lewat malam adalah masa yang terbaik untuk anda. Yang penting adalah untuk memilih masa ketika minda anda segar dan anda adalah bebas tanpa gangguan.

Anda boleh gunakan masa-masa tersebut dengan melakukan dua jenis pemikiran: secara lansung dan tidak lansung. Untuk melakukan pemiliran lansung, semaklah balik masalah-masalah besar yang melanda anda. Semasa keseorangan itu, minda anda mengkaji matlamat masalah tersebut dan akan membimbing anda ke arah jawapan yang betul.

Untuk melakukan pemiliran secara tidak lansung, biarkan minda anda memilih apa yang ingin difikirkan. Dalam keadaan seperti ini, minda anda yang separa sedar akan menggerakkan bank memori anda yang menguasai minda anda yang sedar. Pemikiran secara tidak lansung ini amat berguna untuk melakukan penilaian diri sendiri. Ia membantu anda ke arah perkara yang paling asas sekali seperti “Bagaimana saya boleh melakukannya dengan lebih baik lagi?” Apakah langkah saya seterusnya?”

Ingatlah! Kerja utama seorang pemimpin adalah untuk berfikir. Persediaan terbaik untuk menjadi pemimpin adalah pemikirannya. Luangkan sedikit masa setiap hari dengan merancang untuk bersendirian dan fikirkan tentang kejayaan.

 Faktanya: Orang yang berjaya dalam apa-apa bidang meluangkan masa untuk bermuhasabah dengan dirinya sendiri.


Pemikiran Gergasi – David Schwartz